BKMG08573 1, 2, 3...Bintang di Langit

Malaysia Most affordable Online Shopping Apparel, Bags, Shoes, Sports, Books, sleeve, men women series,blouse, accessories and More

   价格21.90

Malaysia Most affordable Online Shopping Apparel, Bags, Shoes, Sports, Books, sleeve, men women series,blouse, accessories and More
update at: 2015-08-21 15:20:16
爱逛街留言板
登入
Facebook留言板

商品介绍

Dia pernah ditanya oleh seseorang, mengapa dihitung bintang di langit?

Ahmad Farhan. Dia pernah lukakan hati seorang sahabat, gara-gara mengikut emosi. Ikatan persahabatan mereka bagai bertemu titik noktah.

Jia. Yang dia tahu, silapnya cuma satu. Menaruh hati pada sahabatnya sendiri. Itu saja. Tetapi amarah Ahmad Farhan padanya, seolah-olah salahnya itu besar sangat.

Ahmad Farhan. Adakala, kenangan itu mampu menang dalam menakluki hati. Jarak yang terpisah, buat dia sedar. Bertemu kembali, dia nekad memulihkan hubungan dahulu. Namun, semua itu bukan perkara mudah.

Jia. Dia belajar menjadi Nur Farha. Kalau dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu, dia seperti sedang berjalan di lantai yang licin dengan memakai selipar yang sudah haus tapaknya.

Pertemuan semula membuatkan Jia sering mengelak, sedangkan Ahmad Farhan berusaha mendekati. Kutub Utara, Kutub Selatan tak pernah bertemu. Jadi, masih adakah peluang untuk mereka berbaik?

...kerana bintang itu hanya mampu untuk dihitung, namun amat mustahil untuk digapai.

 

 


Mengenai Produk:
ID produk : 9789670508573
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Jemari Seni
Tarikh terbitan : 31-MAR-2014

Bidayatul H.

展开内容...
客服信箱